Sunday, May 19, 2013

Korang perlu tinggalkan Gf/bf korang bila...

- Dia sanggup malukan korang dekat orang ramai

- Dia bercerita dengan orang lain tentang keburukan dan kekurangan korang

- Dia mengadakan sex conversation dengan lelaki/perempuan lain

- Dia tidak menghargai korang datang dari jauh semata-mata untuk dia.

- Bila korang sanggup jual barang kepunyaan korang sendiri semata-mata untuk membantu dia yg sedang kesempitan wang.

- Bila dia mula mengungkit segala apa yg dia pernah buat dan pernah bagi kat korang.

- Jika korang sanggup cuti tidak bergaji semata-mata untuk habiskan masa bersama dia.

- Korang sanggup korbankan masa hadapan korang semata-mata untuk bersama dia.

- Point yg lain korang boleh sambung sendiri dengan kreativiti korang tentang kebullshitan makwe/pakwe korang. Sekian.
Klik untuk bace >>

Sunday, May 12, 2013

Ramadhan prepare for Malaysian people are...

Terlebih dahulu aku harap korang yang baca entri aku kali ni tidak mengharapkan penulisan entri kali ni dalam bahasa penjajah ( bahasa inggeris ) sebab aku ni memang bangang berbahasa inggeris. Cuma kali ni aku nak rungkaikan persediaan ramadhan bagi orang malaysia dalam bentuk soalan.

1. " Baju raya tahun ni kaler apa? "

2. "Baju raya tahun ni berapa pasang? "

3. "Tahun ni baju raya fashion macam mana? "

4. " Langsir tahun ni nak tukar baru tak ?"

5. " Tahun ni raya nak cat rumah warna apa?"

6. " Nak tukar perabot rumah tak tahun ni ?  "

7. " Tahun ni nak beraya kat mana ? "

8. " Bajet raya tahun ni berapa ? "

9. " Nak cuti raya berapa lama ? "

10. " Duit raya bebudak tahun ni nak bagi sorang berapa ringgit? "

11. " Kuih raya nak beli ke buat sendiri ? "

12. " Kuih raya berapa jenis ? "

13.  " Berapa agaknya tahun ni dapat duit raya? "

14. " Nak buat ape dengan duit raya yg dapat nanti ? "

15. " Nak bukak puasa kat hotel mana pulak tahun ni ? "

16. " Dah list kan belum juadah berbuka puasa hari pertama sampai hari terakhir puasa ? "

17. " Dah listkan belum bazar ramadhan mana yg kita nak jelajah bulan puasa nanti ? "

18. " Tahun ni raya baju sedondon tak dengan pakwe/ makwe ? "

19. " Shoping raya kat mana nanti? "

20. " Brand apa nak pakai raya kali ni ? " 

Ironinya inilah persiapan Ramadhan rakyat malaysia bukannya sebok ganti puasa sebelum masuknya bulan ramadhan bagi yang mana kantoi puasa tahun lepas. Dan bukan juga cuba tanamkan azam untuk berpuasa penuh dan berterawikh sepanjang malam bulan ramadhan. Sekian =)
Klik untuk bace >>

Tips Mencari pasangan : Kenapa lelaki muda lebih memilih pasangan yang lebih usia.


Assalamualaikum salam sejahtera kepada korang semua yang tengah baca entri ni tak kira kat mana korang berada sama ada tengah berak ataupun tengah berenang dalam laut. Payah juga jadi orang bernama topan ni bukan main sebok lagi dengan hal duniawi sampai lupa nak update entri blog. Entah apa lah nak jadi dengan blog ni pun aku tak tahu lah. Buat cerpun pun tak siap-siap lagi. Bukan tak ade idea nak menulis tapi malas nak bukak laptop pun ye dan malas nak menaip pun ye. Dan sememangnya itu semua alasan yang aku bagi. So ?

Ok untuk entri kali ni aku bukan nak bagi tips mencari pasangan sebanarnya sebab aku pun bukan dokter cinta dan aku bercinta pun still tunggang langgang lagi. Cuma kali ni aku nak share andaian aku kenapa lelaki lebih memilih perempuan berusia sebagai pasangan diorang. Dan INGAT!! tak semua lelaki nak memilih pasangan diorang lebih tua dari diorang. Harap jangan disalah ertikan apa yg bakal aku rungkaikan ni.

1.Lelaki ni lebih mudah mendekati atau lebih mudah selesa dengan perempuan yg lebih tua sebab mereka ni ade satu sifat matang yang mudah untuk faham perangai dan juga kehendak lelaki yang lebih muda dari diorang. Mungkin juga berdasarkan pengalaman cinta mereka yang lepas dijadikan iktibar dah dibawa ke masa sekarang.

2.Pada aku berdasarkan pengalaman yg aku pernah lalui perempuan berusia ni lebih matang dalam perhubungan. Senang cerita diorang ni bercinta lebih serius dan bukan sekadar " janji ada boifren " atau lebih tepat lagi bila mereka bercinta mengharapkan ke jinjang pelamin hendaknya. 

3.Perempuan berusia ni mereka ada satu skill mengawal pergaduhan agar tidak berlanjutan lebih lama, mungkin skill memujuk diorang ni lebih power dari budak sekolah yang baru nak tahu apa maksud cinta.

4.As perempuan yg lebih tua aku tak nafikan mereka ni power dalam menasihat pasangan mereka yang lebih muda tu. Dalam masa yang sama insyallah mereka mampu menjadikan pasangan mereka tu lebih baik dan lebih matang dalam semua perkara termasuk soal cinta.

5. Lelaki muda lebih suka memilih pasangan mereka di kalangan wanita berusia kerana mungkin sebab trend zaman sekarang dan point yang ni aku tak berapa nak paham sangat kenapa cari makwe pun kena ikot trend semasa. Macam makwe ni fashion pulak nak kena ikot trend semasa. Natang!

6. Wanita berusia lebih ni lebih establish dari segi kerjaya , kewangan dan juga aset mereka. Dan tak bermakna lelaki yg kesah dengan point no 6 ni mata duitan. Maybe lelaki juga mahukan pasangan yg mampu berdiri dan tanggung diri sendiri jika anything happen berlaku pada diri lelaki tu. 

7. Perempuan berusia ni lebih pandai menjaga diri sendiri berbanding perempuan yg seusia dengan lelaki tu atau lebih muda. Tak semua perempuan yang lebih muda tu tak pandai jaga diri dan bawa diri. Maybe perempuan berusia ni lebih matang menjaga diri sendiri terutamanya maruahnya sendiri.

8. Berkemungkinan besar juga lelaki yg memilih pasangan lebih berusia ni sebab penampilan perempuan berusia ni lebih matang nak dibandingkan dengan perempuan yg muda dari mereka dan juga budak sekolah. ( tapi budak sekolah sekarang dah pandai bakai beg LV nok! )

9.Lelaki yg suka perempuan berusia ni maybe diorang suka dimanjakan dan dilayan oleh perempuan yang lebih matang. Berkemungkinan juga cara perempuan berusia ni memanjakan pasangan berbeza dengan perempuan yang lebih muda. 

10.Perempuan berusia ni lebih matang membuat keputusan tak kira apa jua keputusan berbanding perempuan yang lebih muda. Jangan pelik jika perempuan berusia ni lebih tahu spender spisis apakah yang sesuai korang pakai . kahkahkah!

10a. Kita tak berhak nak menentukan pasangan kita lebih muda atau lebih tua dari kita sesungguhnya itu semua yang tertulis sejak azali lagi dan juga bersebab kenapa allah kurniakan kepada kita pasangan yang lebih tua dari kita. 

So itu sahaja andaian aku dengan isu " kenapa lelaki muda memilih pasangan yang lebih berusia " . Mungkin tak semua lelaki lebih memilih pasangan yg lebih tua tapi mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka memilih pasangan yg lebih tua. Dan jangan ingat aku tak tahu korang tengah senyum bace entri aku sebab makwe korang lebih tua dari korang kan ? kahkahakah! . Sampai sini sahaja penulisan yg tak seberapa dari aku. Assalamualaikum.. 
Klik untuk bace >>

Sunday, January 13, 2013

TIN


" Kalau engkau malas nak belajar dah besar nanti kau jadi tukang kutip sampah baru engkau tahu " . Ayat yang selalu Adil ingat setiap kali dia mengutip sampah demi mencari sesuap nasi untuk dia terus hidup . Ayat yang seringkali arwah ibunya pesan semasa Adil kecil . Dan ternyata pesan itu ibarat doa seorang ibu yang termakbul atas kedegilan anaknya. Jauh di sudut hati Adil tidak pernah sesekali menggap itu adalah doa dari arwah ibu untunknya, malah sampai ke hari ini Adil tak menyesal kerana tidak mahu berlajar bersungguh-sungguh dulu. Untuk Adil berpatah balik ke zaman persekolahan dulu memang Adil tidak mampu melakukannya sebab adil bukan lah Doremon yang ada mesin masa dan boleh berpatah balik ke masa silam. Apa yang Adil mampu hanyalah berserah dengan apa yang akan jadi terhadap dirinya kini. Kawan-kawan sebaya kebanyakan sudah berjaya di menara gading, tetapi Adil hanya hidup sebatang kara tanpa keluarga dah mencari tin dan besi buruk sebagai sumber rezeki. Tatkala rakan-rakan sebagaya segak bergaya mengayakan tuxedo Adil hanya mampu memakai baju yang dijumpainya di tong-tong sampah. Membeli baju di bundle sudah cukup mewah baginya. Tatkala rakan-rakan sebaya memandu kereta mewah Adil masih lagi menggunakan dua kaki pemberian allah yang masih lagi mampu berfungsi walaupun seringkali sakit dan mahukan rawatan. Tapi apakan daya, menyapu minyak gamat di kakinya adalah rawatan yang termampu Adil beri. Tatkala rakan-rakan sebaya tinggal di rumah yang besar dan mewah, hanya di bawah jambatan menjadi tempat Adil berlindung.Di situlah Adil tidur dan disitu lah Adil menjalani kehidupannya.

Hari ini 22 Januari 2013 genap umur Adil 27 tahun . Apa yang ada pada orang lain yang pastinya Adil belum mampu ada . Jangan kata pakaian berjenama atau kereta mewah , memiliki perasaan cinta terhadap kekasih pun Adil belum pernah ada dan belum pernah rasa. Adil selalu berkata pada dirinya sendiri " Pengutip sampah macam aku ni mana ade perempuan yang nak " . Jauh disudut hatinya percaya jodoh, ajal dan maut itu kuasa allah. Adil tahu tak ada yang mustahil dalam dunia ini . Adil selalu memasang angan-angan untuk membuka gerai buger tetapi itu hanya menjadi angannya sahaja. Dia tiada modal untuk berniaga. Duit hasil jualan tin hanya cukup untuk makan dan minumnya setiap hari. Adakalanya Adil tidak sihat untuk keluar mencari tin dia hanya mampu menahan lapar. Baginya setiap wang yang dia dapat adalah sangat berharga dan cukup sekadar dia membeli makanan sehariannya. 

" Adil , kalau awak rajin cikgu tahu awak boleh berjaya suatu hari nanti. Tapi awak pemalas! " Tegur cikgu Rya yang datang menepuk bahunya ketika tidur di dalam kelas. Adil pun bingkas bangun dan menjawab " Ah cikgu ape tahu ? Saya punya suka lah nak belajar ke tak. Masa depan saya yang cikgu sibuk sangat kenapa? . Lalu Adil melempar buku text ke muke Cikgu Rya dan keluar dari kelas. Cikgu Rya merupakan guru kelasnya semasa di Tingkatan 5 yang mengajar matapelajaran sejarah . Boleh dikatakan matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang paling Adil tidak suka. Sebagai seorang guru Cikgu Rya sangat bertanggungjawab menasihati setiap murid di dalam kelasnya termasuk Adil.

bersambung...
Klik untuk bace >>

Saturday, December 29, 2012

Fenomena


Bila aku cuba nak menaip otak aku berhenti berfikir, so jadinya aku susah nak update blog ni walaupun sekejap masa yang perlu aku ambil. Maka terabailah blog aku ni. Kesian dia makin lama makin kurang kasih sayang. Almaklumlah blog, tuan kau ni pun kurang kasih sayang jugak. So jangan kau harap aku nak bagi kasih sayang lebih lah untuk kau.

Semalam hari percuitian aku yang pertama kat jb ni. Rase macam lama sangat tak balik rumah mak. Agak terkejut juga aku bila balik jb ni perangai orang johor ni boleh dikatakan semakin obses untuk ke stadium tengok bola. Ok itu kira satu yang bagus untuk orang johor. Terutamanya anak muda yang sebelum ni korang asyik pergi the zone je kan clubbin. Maybe boleh tukar title korang lepas ni dari "kaki clubbin" kepada "kaki bola". Maybee...

Aku sampai je jb adik aku sebok pulak nak balik perlis,katanya ada kerja nak buat kat sane sebelum dia final exam. Aku belum sempat nak tatap wajah adik aku dia pulak nak balik perlis. Bukan senang semua adik beradik nak ada kat rumah emak ni. Almaklumlah semua dah duduk jauh.Berbulan-bulan jugak amik masa nak jumpe semua adik beradik.

Satu perangai aku ni kalau dah balik rumah mak malas nak keluar berjalan. Jadinya aku banyak habiskan masa duduk kat rumah layan youtube dan movie. Kadang-kadang aku habiskan masa duduk kat luar rumah hisap rokok. Bila duduk dekat luar rumah tu macam biase lah jiran-jirang pun tegur " bila balik sini" , "bila nak balik kl? " . Ah tu semua soalan lazim jiran aku tiap kali aku balik jb kot. Dah muak aku nak hadap.

Suatu petang yang hening berlaku peristiwa ini . Sedang aku syaik melayan nikmat sebatang rokok winston.

Tok Jah : Sorang je ke kat rumah? Yang lain mana? Bila kau balik sini ? Tak pergi stadium tengok Darul Takzim FC lawan Johor FA ke kat stadium larkin?

Tok jak tu jirang sebelah kiri aku, Soalan dia tu biasa je aku hadap kalau tiap kali aku balik. Tapi soalan yang berkaitan tengok bole kat stadium tu macam luar biasa je. Aku pun jawab lah pertanyaan tok jah tu.

Aku : Haah sorang je tok, yang lain semua keluar. Semalam malam saye sampai. Tengok bola? Ah orang johor ni team bola johor dah power baru nak pergi stadium tengok bola, kalau tak lalat dengan langau je lah yang tengok bola kat stadium tu.

Boleh dikatakan tok jah terus diam lah lepas aku jawab macam tu. Sedang aku asyik layan rokok tu jiran sebelah kanan pulak keluar rumah lantas mengajukan soalan " woi tak pergi stadium ke tengok bola? " . Setan betul, aku ingat nak tanye kabo aku ni sehat ke tak. Aku pun jawab soalan jiran aku tu sama macam aku jawab soalan tok jah tu.Bukan aku tak nak pergi stadium tengok bola, Tapi aku kena hantar adik aku ke bustand malam tu sebab adik aku nak balik perlis.

Tiba-tiba je mak aku muncul dari tepi rumah. Emak aku ni kalau muncul dari tepi rumah mesti die pergi umah mak cik aqku kat belakang rumah tu bergosip. Lantas emak aku pun cakap " Jiran-jiran kau ni semua dah kemaruk pergi stadium.Yelahkan sekarang team johor dah power " . Aku pun menyambung perbualan " eh sejak bila pulak ibu amik port pasal bola ni? ". Emak spontan menjawab " semenjak safee sali main johor " Sambil emak aku bergelak. 

Aku yang baru balik jb ni terkejut yang amat dengan fenomenan orang kat sekeliling aku. Maybe topik gosip-gosip kaum-kaum ibu dah mula beralih kepada topik bola.Yang mana anak muda tu aku dah nampak mula nak sarung jersi johor. Lantak korang lah janji korang happy. Jangan jadi lalang je dah lah. Team tengah power korang sokong,Team macam haram  korang tak sokong. Sekian
Klik untuk bace >>